Info Fakulti

Latar Belakang

title bar 80

Merealisasikan Amanat Naib Canselor Universiti Islam Selangor dalam Perhimpunan Bulanan Universiti Islam Selangor (UIS) bertarikh 13 Januari 2023, Pusat Pengajian Teras (PPT) telah berjaya dinaiktaraf menjadi Fakulti Sains Sosial (FSS) bermula 1 Februari 2024. Penubuhan FSS ini adalah selari dengan penaiktarafan status Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor menjadi Universiti Penuh, yang kini dikenali sebagai Universiti Islam Selangor (UIS). Penubuhan FSS ini adalah wajar demi manfaat jangka panjang kepada tenaga pengajar akademik dan universiti dalam menghadapi tuntutan perubahan seiring masa.

FSS merangkumi tiga (3) buah jabatan iaitu Jabatan Bahasa Inggeris dan Komunikasi (JBIK), Jabatan Kefahaman Islam dan Bahasa Arab (JKIBA) dan Jabatan Pengajian Ketamadunan dan Pembangunan Insan (JPKPI) yang diterajui oleh Dekan, Timbalan Akademik dan Pengantarabangsaan, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Ketua Jabatan, Ketua Program dan Penyelaras Kursus.

Buat masa ini, FSS menawarkan lima (5) program pengajian iaitu Diploma Pengajian Bahasa Inggeris (LS43), Diploma Komunikasi (CS41), ISM Bahasa Inggeris (Kepujian) dengan Komunikasi Korporat (BB09), ISM Komunikasi (Penyiaran) (Kepujian) (BC02) dan Sarjana Komunikasi (MT14) bagi pelajar yang berminat dalam bidang-bidang ini. FSS sedang dalam perancangan untuk menawarkan program-program pengajian baharu di masa akan datang.

FSS juga merupakan pelaksana penerapan intipati Islam melalui pembangunan kurikulum teras berdasarkan kursus wajib Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU), Wajib Universiti (WU) dan Elektif. Kursus-kursus teras ini wajib diambil oleh semua pelajar UIS berdasarkan struktur program pengajian yang telah ditetapkan.

Diharapkan dengan penubuhan FSS ini, tenaga pengajar akademik mempunyai lebih banyak peluang untuk membina kerjaya yang mampan melalui aktiviti pengajaran, penyelidikan, penerbitan, penyeliaan dan sebagainya dalam bidang kepakaran masing-masing. FSS berhasrat untuk melahirkan graduan yang selari dengan perkembangan Masyarakat 5.0 dan konsep peradaban masa hadapan yang mampu berintegrasi secara realiti dan maya.

 

logo fss w

Aras Bawah, Blok Akademik 2, Universiti Islam Selangor (UIS),
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA.

+603 8911 7000
fss@uis.edu.my

Waktu Operasi

  • Isnin - Jumaat :
    8:00 pagi - 5:30 petang
  • Rehat (Isnin - Khamis) :
    1:00 - 2:00 petang
  • Rehat (Jumaat) :
    12:15 - 2:45 petang
  • Sabtu - Ahad :
    Tutup